Powered By Blogger

Isnin, 10 Disember 2012

SUGAR GLIDER

 SUGAR GLIDER




Sugar glider adalah haiwan 'marsupial' yang telah diambil sebagai binatang peliharaan eksotik di kebanyakan negara. Mereka tidak tergolong dan berbeza dari keluarga 'rodent', contohnya tikus, hamster dan lain-lain. Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor binatang peliharaan yang kecil. Sering kali disalah anggap sebagai tupai terbang, memelihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh. Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Bayangkan kerenah budak berumur 3 tahun? Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati. Mereka pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain.

Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan sugar glider yang diambil sebagai binatang peliharaan di Malaysia berasal dari Indonesia kerana kebanyakan negara lain tidak membenarkan sugar glider dieksport. Sugar glider liar hidup di pokok atau membuat sarang di tumbuh-tumbuhan dan mereka tinggal dalam koloni seramai 6 - 15 ekor.

Mereka adalah haiwan yang berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur. Sugar glider dewasa berukuran lebih kurang seekor tupai terbang, kira-kira 5 - 7 inci panjang daripada hujung hidung hingga ke hujung badan (tidak termasuk ekor). Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu, selalunya lebih panjang daripada badan mereka.

Baby sugar glider selalunya berwarna kelabu, dan warna mereka akan berumur seiring dengan penambahan usia mereka. Di Malaysia kita ada sugar glider yang kelabu dan juga yang coklat. Kebanyakan yang coklat terjadi kerana tinggal di dalam tempurung. Oleh itu kalau tak nak sugar glider coklat, jangan letak dalam tempurung ye. Apa pon warna sugar glider, itu adalah keunikan mereka. Jadi anda tidak perlu risau tentang ini.

Ok, basicly sugar glider ni bukan dari keturunan tupai atau tikus, diorag ni lebih kepada kangaroo. Asal usul dia pon Australia. Ape pon kebanyakan yang ade kat Malaysia ni dari Indonesia. Tapi yang baby semuanye breed kat Malaysia. Sugar glider betina ade kantung dekat perut dia macam kangaroo.

Sugar glider makan buah-buahan dan ulat untuk protein. Haiwan ini jenis suka berjaga malam. Kalau yang liar memang menggigit dan melarikan diri ,tapi kalau yang jinak dia lebih suka bersama kita


Kat Malaysia memang ada yang pelihara sugar glider ni, tapi tak la ramai sangat mungkin sebab haiwan ni bukan dari negara ni kan. Haiwan ni terkenal sebagai haiwan peliharaan yang bersaiz poket, sebab saiz dia yang kecik dan comel.Sering bermanja bersama siapa sahaja yang suka bermanja dengannya ,selalunya dia akan dibawa kemana-mana sahaja samaada dibawa shaja ataupun diletakkan di dalam poket tuan nya...  rasa nak pelihara tak ? Kalau nak bela biarlah sepasang kan, boleh gak diorang ada kawan boleh bermain-main ,mengawan  bleh dapat anak yang comel -comel.... 



Bagaimana rupa Sugar Glider ?

 Seekor Sugar Glider dewasa bersaiz sekitar 5 hingga 6 inci panjang dengan ekor yang sama panjang dengan badannya untuk membantu keseimbangan tubuh mereka. Sugar glider memiliki telinga berbulu, berwarna kecoklatan dengan garis hitam panjang yang membentang dari hidung hingga ke hujung belakang. Bahagian bawah pula berwarna krim atau warna putih. Mereka mempunyai mata yang besar, seperti kebanyakan haiwan malam hari, untuk membolehkan mereka melihat dengan lebih tajam. Sugar Glider mempunyai lima kuku tajam pada setiap kaki depan dan belakang bagi membantu pergerakan mereka yang suka memanjat.

Lagi info tentang Sugar Glider :



 Sugar Glider mempunyai saiz yang berbeza. Kebiasaannya bagi Sugar Glider Jantan ia mempunyai berat dalam lingkungan 120grams manakala, bagi Sugar Glider betina pula dianggarkan dalam lingkungan 200gram dan ini tidak termasuk Sugar Glider yang mempunyai masalah kegemukan. Tahap suhu badan Sugar Glider pula di dalam lingkungan 89 darjah. Jangka hayat Sugar Glider adalah 5 hingga 7 tahun tetapi ia boleh mencecah hingga 12 ke 15 tahun bergantung kepada cara pemakanan mereka. Kebiasaannya bagi Sugar Glider yang tidak mempunyai diet yang seimbang dan pemakanan yang tidak mencukupi hanya bertahan sehingga 6 ke 8 tahun sahaja.


Jantan & Betina:

Jantan
  • Mereka menandakan kawasan dengan bau yang terletak di leher, dada, kemaluan dan dahi. Bau tersebut hampir tidak terlihat ketika mereka berada dalam habitat yang bersih, pada diet yang baik, dan kesihatan yang baik.
  • Ia juga boleh dikenal pasti dengan melihat tompok botak di dahi dan juga dada.
  • Mempunyai zakar yang kadangkala boleh dilihat menonjol di kawasan bawah.
  • Tempoh matang dianggarkan sekitar 4 hingga 12 bulan dan kebiasaanya tanda botak sudah mula kelihatan
Betina
  • Boleh dikenal pasti dengan melihat kantung di bahagian bawah.
  • Tempoh matang sekitar 6 hingga 18 bulan bergantung kepada keadaan dan diet mereka. Risiko mengabaikan anak adalah besar bagi Sugar Glider yang masih muda.
  • Jangka masa pembiakan adalah antara 5 hingga 8 tahun.
  • Mempunyai anak sekitar 1 hingga 2 ekor dalam suatu masa. Namun begitu, kadangkala ia juga boleh melahirkan anak sehingga 4 ekor dalam satu-satu masa.     


DAPATKAN SEKARANG UNTUK HARGA PROMOSI !!!!!!!!!
SUGAR GLIDER...........
HUBUNGI @ SMS   : MUS 0172954902     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan