Powered By Blogger

Khamis, 20 Disember 2012

CINTA RASULULLAH....



Diriwayatkan dari Abu Jum’ah RA yang berkata “Suatu saat kami pernah makan siang bersama Rasulullah SAW dan ketika itu ada Abu Ubaidah bin Jarrah RA yang berkata “Wahai Rasulullah SAW adakah ada orang yang lebih baik dari kami? Kami memeluk Islam dan berjihad bersama Engkau. Beliau SAW menjawab “Ya, ada yaitu kaum yang akan datang setelah kalian, yang beriman kepadaKu padahal mereka tidak melihat Aku”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad juz 4 hal 106 hadis no 17017 tahqiq Syaikh Syu’aib Al Arnauth dimana beliau berkata حديث صحيح hadis ini shahih).

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika menziarahi kubur, yang bermaksud: “Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kamu semua wahai orang beriman. Dan sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kamu. Lalu Nabi SAW bersabda: Aku teringin sangat melihat saudara kita. Sahabat bertanya: Bukankah kami adalah saudaramu ya Rasulullah? Rasulullah SAW bersabda: Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah mereka yang belum datang. Aku adalah jaminan yang akan membawa mereka ke telaga. Sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah, bagaimana kamu mengetahui umatmu yang akan datang selepasmu? Rasulullah SAW bersabda: Bukankah kalian mengetahui mengenai seseorang yang memiliki kuda dengan tanda putih di dahinya di antara kuda yang sangat hitam? Apakah ia boleh mengenali kudanya? Para sahabat menjawab: Ya. Baginda SAW bersabda: Mereka akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang putih cemerlang kerana bekas air wuduk.” (Hadis riwayat al-Nasa’i, Ibnu Majah, Malik, Baihaqi disahihkan oleh al-Albani)

Kemudian Baginda menegaskan lagi rindu dan cinta antara Baginda dan umatnya ini melalui sabdanya: “Orang yang paling hebat cintanya kepadaku, mereka yang datang selepasku, salah seorang daripada mereka amat sangat ingin melihatku (membuktikan cintanya kepadaku) dengan (mengorbankan) keluarga dan hartanya.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (Al-Kautsar) sambil menunggu orang yang datang mahu meminumnya, maka tiba-tiba ada orang yang disekat daripada sampai ke sisiku. Lalu aku berkata: Bukankah mereka daripada umatku? Maka dikatakan kepadaku: Ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka selepas itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan