Hadith tentang Madu
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” (Al-Nahl 16:68)
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Al-Nahl 16:69)
Di dalam Al-Quran, Surah An-Nalh ayat 68-69, dengan terang menunjukkan bahawa hasil lebah dan manusia mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Pastinya sesuatu yang dicpta oleh Allah itu sangat bermanfaat untuk manusia dan makhluk Nya yang lain.
Hadis Dan Ungkapan Kata-Kata Para Sahabat Dan Para Ulamak Mengenai Madu Lebah
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”
Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.
Manakala Dr Rihab ‘Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)
Khasiat madu untuk kesihatan:
1. Mencegah Kanser
Kandungan flavonoids yang
terdapat pada madu serta antioksidannya dapat mengurangi risiko kanser dan
penyakit jantung. Sementara itu kandungan karsinogen pada madu mampu mencegah ragam
tumor.
2. Meningkatkan sistem imun (kekebalan tubuh)
Madu juga kaya akan zat antioksidan yang dapat meningkatkan energy sistem
pencernaan tubuh sehingga tubuh menjadi lebih sehat . bukan hanya itu, kandungan Madu mempunyai
kandungan nutraceuticals yang dapat melawan radikal bebas yang masuk dalam
tubuh.
3. Meningkatkan Stamina
Menurut hasil penelitian, madu dapat
meningkatkan performa (ergogenic),yang dapat meningkatkan stamina atlet. Madu dapat membantu meneutralkan gula dalam badan dan juga membantu penyembuhan otot serta memulihkan stamina selepas bersukan.
4. Sumber vitamin dan mineral
Madu juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral. Kadar vitamin
dan mineral bergantung kepada nektar yang dihisap oleh lebah madu tersebut.
5. Menghapuskan bakteri
Madu juga mengandung zat antiseptik yang
berfungsi untuk menghambat pertumbuhan bakteria, ia mampu
menjaga tubuh badan agar terhindar dari infeksi. Jika seseorang mengalami luka ataupun luka terbakar, maka madu mampu
dijadikan ubat bagi menghapuskan bakteria dari terus merebak.
6. Menurunkan berat badan
Berbeza dengan gula yang tinggi kalori dan
lukosa, madu mengandung vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Banyak
yang meyakini bahawa madu boleh dijadikan ubat tradisional bagi menurunkan berat
badan. Biasanya madu dicampur dengan jus lemon dan diminum dipagi hari diyakini
bisa menghilangkan selulit.
7. Mengubati batuk dan radang kerongkong
Kandungan
anti bakteri pada madu mampu melawan mikrobakteria penyebab radang, bahkan madu dapat membunuh
bakteria-bakteria yang menyebabkan jangkitan pada kerongkong.
8 kecantikan muka
Kentang yang telah dilenyek
campurkan dengan sesudu madu (asli ),lumurkan kewajah biarkan selama 20
minit ,dan bilas dengan air ,lakukan selalu ,cara ini berkesan pada semua jenis
kulit.
Cara-cara makan madu yang disyorkan
Berikut ialah beberapa kaedah meminum madu untuk tujuan kesihatan sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian orang tua-tua. Sebaik-baiknya gunakan sudu plastik, bukannya sudu besi. Bacalah apa-apa kalimah yang sesuai seperti basmalah, selawat dan lain-lain sebelum meminumnya.
Jika Badan Panas
1. Masukkan madu ke dalam gelas.
2. Masukkan air kemudiannya.
3. Kacau mengikut arah jam.
Air yang dimasukkan kemudian dipercayai dapat “menyejukkan” madu. Kacauan mengikut arah pusingan jam juga dipercayai dapat “menyejukkan” madu. Di alam ini, secara umumnya fitrah sesuatu perkara ialah mengikut arah lawan jam iaitu mengikut arah pusingan tawah di Baitullah. Oleh kerana fitrah madu bersifat panas, maka ia “disejukkan” dengan mengacau mengikut arah lawan jam.
Madu yang “sejuk” ini sesuai untuk badan kita yang panas. Jika panas bertemu panas, dikhuatiri memberi kesan tidak selesa ataupun tidak serasi.
Jika Badan Sejuk
1. Masukkan air ke dalam gelas.
2. Kemudian masukkan madu.
3. Kacau mengikut arah lawan jam (arah tawaf).
Madu yang dimasukkan kemudian dipercayai dapat mengekalkan “panasnya” kerana ia tidak “disejukkan” (disiram) oleh air. Pusingan mengikut arah tawaf juga mengekalkan fitrah madu iaitu bersifat “panas”. Ramuan begini dipercayai dapat memanaskan badan yang sejuk.
Kalau sejuk bertemu sejuk, dikhuatiri kurang memberi manafaat.
Untuk Minuman Biasa (Badan Tidak Panas Tidak Sejuk)
1. Masukkan madu.
2. Masukkan air (madu akan “disejukkan” oleh air)
3. Kacau mengikut arah tawaf (kepanasannya dikembalikan)
Hasilnya, akan diperolehi hidangan minuman madu yang sesuai, tidak “panas” dan tidak “sejuk”.
ANDA TAHU MEMBEZAKAN MADU YANG ASLI ATAU TIDAK!!!!!!!!!!
ANDA INGIN MELIHAT SENDIRI MADU ASLI!!!!!!!!!!
LAYARI SESAWANG DIBAWAH INI
BAGI MELIHAT SENDIRI MADU MELETOP
http://www.facebook.com/photo.php?v=4897813843725&set=vb.1249255980&type=2&theater
PROMOSI MADU ASLI MELETOP
50G SEBOTOL RM35 RM30
4 BOTOL RM120 RM100 RM70 SAHAJA!!!!!!!
400G RM120 RM110
2 BOTOL RM200 SAHAJA!!!!!!!!!
CALL @ SMS SEKARANG
MUS 0172954902
LIKE DAN SHARE ......