Powered By Blogger

Jumaat, 30 November 2012

Save Gaza....



Semoga Perjuangan Mereka Diberkati ALLAH

لا اله الا الله




Seorang budak perempuan  berumur 10 tahun , yang mengharapkan supaya Presiden Obama dapat menghentikan kezaliman yang dialami oleh rakyat Palestin dari terus dibunuh oleh Israel laknatullah.




Cristiano Ronaldo 

Liga BBVA - Cristiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia yang sering dilabel dengan gelaran kaki perempuan yang sombong mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal bagi membantu anak-anak Palestin.

Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.



Sokongan Cristiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Semoga  Cristiano Ronaldo mendapat hidayah dan memeluk agama islam.  









HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’



Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda :
Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.


Kajian-kajian tentang Habbatus Sauda'

” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA .



” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman


MANFAAT HABBATUS SAUDA


1. Menguatkan sistem kekebalan


Berdasarkan hasil penilitian, jintan hitam dapat meningkatkan jumlah cells T, yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Keberkesanannya hingga 72% jika dibandingkan dengan plasebo (hanya 7%). Dr. Basil Ali dan rakannyanya dari Collegeof Medicine, di Universitas King Faisal, menerangkanannya dalam jurnal Pharmasetik Saudi.

Keampuhan ekstrak Nigella diakui oleh Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universitas Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Nigella dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.


2. Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kewaspadaan


Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3), Nigella merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. Nigella juga memperbaiki mikro (peredaran darah) keotak dan sangat sesuai diberikan pada anak usia pertumbuhan dan lansia.


3. Meningkatkan daya ketahanan hormon


Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam peredaran darah. Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan gairah seksual. Salah satu kandungan Nigella adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.


kongsikan melalui media sosial

Khamis, 29 November 2012

Kecantikan dan Kesihatan dengan MADU LEBAH







Bagaimana mengekalkan kecantikan dengan Khasiat MADU?


MADU memiliki begitu banyak khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan. Bahkan, madu juga kerap digunakan untuk mempertahankan keindahan kulit.

Sejak dahulu madu telah digunakan sebagai bahan dasar perawatan kulit. Selain teksturnya yang lembut, kandungan madu sangat kaya akan vitamin, mineral, antioksidan dan potasium yang dapat digunakan sebagai pelembab, penyegar bahkan masker wajah.

Bagi Anda yang ingin mengetahui lebih jauh tentang khasiat madu untuk kecantikan, Tidak lah menjadi salah bagi yang ingin mencubanya. Kandungan madu bukan hanya dapat menjaga keindahan kulit dan mencegah penuaan , tetapi ia juga berperanan  menjaga keindahan kulit rambut.



Untuk mengaplikasikan madu sebagai pembersih wajah, ada beberapa cara yang harus dilakukan ;

 campurkan 1 sudu madu, 1 putih telur, 1 sudu teh gliserin (boleh didapati di Farmasi yang berdekatan  ), dan 1 sudu tepung gandum. Campur hingga rata kemudian oleskan pada wajah dan leher. Diamkan selama 10 menit. Bilas dengan air hangat.

Bagi anda yang ingin memanfaatkan madu sebagai penyegar wajah ;

Pertama campur 1 sudu air lemon, 1 sudu madu, dan 2 putih telur. Lalu campur hingga rata, kemudian oleskan pada seluruh kulit wajah dan leher. Diamkan selama 15 menit, bilas dengan air hangat, kemudian keringkan dengan tuala sambil ditekan perlahan-lahan. Sangat sesuai untuk kulit  yang berminyak.

Madu juga dapat digunakan sebagai pelembab;

Dengan cara mencampurkan 2 sudu  madu dan 2  sudu  susu. Lalu aduk sehingga rata. Sapukan pada wajah dan leher, biarkan selama 10 minit, dibilas dengan air suam. Lakukan secara rutin bagi mengatasi kulit yang kering.

Bukan hanya bermanfaat sebagai pelembab wajah sahaja , madu juga boleh digunakan sebagai pelembab bibir. Sapukan madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Dengan ini ia membantu melembabkan dan melembutkan bibir, sekaligus menghindari kulit bibir pecah-pecah dan merekah .
 
 
Anda juga dapat menggunakan madu untuk berendam;

Campur ¼ cawan susu tepung full cream, ½ cawan madu, dan 4 titis minyak esensial mawar atau lavender . Kemudian masukan campuran tersebut ke dalam bathtub yang telah diisi air suam . Berendamlah selama kurang lebih 15 menit. Selain dapat rileks, berendam dengan campuran madu dan susu ia juga dapat membantu meningkatkan kelembapan dan kehalusan kulit.
Madu juga  bermanfaat sebagai conditioner dan masker rambut;

 Bagi Anda yang ingin memakai madu untuk conditioner, campurkan ½ cawan madu dan ¼ cawan minyak zaitun. Lalu dilumurkan pada rambut sedikit demi sedikit sampai  keseluruh rambut, biarkan selama 30 minit, cuci dengan syampo dan bilas .

Sementara itu, bila Anda ingin memakai madu sebagai masker rambut, campur ¼ cawan madu, 2 sudu  minyak zaitun dan 1 sudu  air limau nipis. lumurkan pada kulit kepala dan rambut sambil diurut. Kemudian tutup rambut dengan shower cap dan biarkan selama 15-30 minit agar ia meresap sempurna. Selanjutnya, bilas hingga bersih dengan air suam dan syampo. Selamat mencuba!

Selasa, 27 November 2012

Madu Meletop (My Story )

         


KISAH AKU DAN MADU......



      Kepakaran saya ialah membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi ,jantung dan menurunkan suhu badan dengan mengamalkan makanan sunnah seperti madu dan habbatussauda' juga ia dapat menyelesaikan masalah orang ramai dalam menambah nilai hidup orang lain.

          Kini kesihatan Aku bertambah baik,dulu aku hidup sentiasa di belenggu masaalah kesihatan ,aku suka madu kerana ia merupakan makanan Nabi Muhammad S.A.W. .Habis seluruh kedai aku cari , pasaraya ,kedai ubat ,yang aku jumpa semua tak meletop.mungkin asli kot ! tapi apsal tak meletop ntah lah ....pernah jugak aku beli kat kawan, hari pertama aku guna macam best .....mase aku bukak ade gak meletop tapi ......kali pertama je...hari seterusnye aku beli tak meletop pon....mmmmmm.....aku pun dah jadi confius...pernah skali tu anak aku batuk tak berenti-renti,ape lagi nak cubalah beli madu,,,tapi aku macam dah percaya dengan madu kat malaysia ni.Sampailah tanggapan aku yang madu semua dah tak asli.

         Sampailah suatu hari aku diajak oleh kawan aku Yusri bagi menghadiri Program Jutawan Dr Azizan Osman ,yang dianjurkan oleh richwork,masa tu selalu aku jugak nampak muka brother ni dalam surat khabar .Aku ingat kan sikit aje  yang join program ni rupa-rupanya....Wow....banyaknya orang ,bermakna aku yang ketinggalan zaman......tapi takpe aku masuk ajelah...perkataan yang aku tak bleh lupa dia cakap..." Kalau Nak Kaya Bantu Orang Lain Jadi Kaya" fuyoooo....tapi aku dah faham ...selesai sahaja program berlangsung ,masa tulah aku terpandang kearah botol kuning keemas emasan yang menyakitkan penglihatanku....."meh bang cuba madu asli" seorang pekerja mempelawa aku ....hmmm...ape lagi, aku cuba ... aslilah sangat ! rupa - rupanya memang asli BRO!.....terasa gas dia ....kalau buka penutup dia peeehhhh memang pussshhhh....keluar gas...apalagi kalau botol yang besar tak sampai  beberapa minit buih melimpah macam ' VOLCANO ' Bro.......

     Sehinggalah kesihatan aku bertambah baik dan lebih ceria...dan sekarang ni aku yang menjualnya kerana aku ingin sangat membantu orang lain supaya tidak lagi tertipu dengan madu yang tidak asli .Malahan ia dapat menyelesaikan masaalah orang lain dan juga dapat meningkatkan nilai hudup orang lain.


P/S  :  KALAU TAK MAMPU JANGAN BERMADU



TIPS MENGENALI MADU YANG ASLI

1.   Titiskan madu diatas sehelai kertas madu palsu akan mudah terserap   
      kerana    kandungan airnya.
2.   Dengan menggoncang botol madu asli akan membentuk gas.

http://www.youtube.com/watch?v=XeBhapk4eYE&feature=related




promosi   !!!!!!!


 BOTOL KECIL 50 G       RM 35  30  sahaja


 BOTOL BESAR 400 G    RM 120  100 sahaja










100% RAW HONEY. NO EXPIRE DATE. 


MONEY BACK GUARANTEE  








CALL / SMS SEKARANG !!!!! 

UNTUK MENDAPATKAN 

HARGA PROMOSI !!!!!!!!!!!

MUS : 0172954902

atau email : nofri4000@yahoo.com


* penghantaran keseluruh Malaysia disediakan.

tips kesihatan


 .
Buah -buahan tempatan


TIPS KESIHATAN SUNNAH
KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.
Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.


ANTARA MAKANAN KEGEMARAN NABI
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.



1. Kurma

Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.


2. Buah Tin

Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


3. Anggur

Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.


4. Madu


 Adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.



 KONGSIKANLAH MAKLUMAT INI SEMOGA IA DAPAT MEMBANTU RAKAN-RAKAN YANG LAIN DALAM MENINGKAT KAN LAGI KESIHATAN MEREKA ,INSYAALLAH