Powered By Blogger

Rabu, 1 Mei 2013

jenis ni yang aku tengah amalkan 





 Khasiat KHAL.....

Menurunkan kandungan gula dalam darah (mengawal kencing manis), serta mengekalkan darah pada tahap yang konsisten dan 
menurunkan tekanan darah tinggi.

Membuang kolesterol lemak di badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak dan kesumbatan di saluran jantung, lemak di buah-pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.


Mencegah tumor di tempat yang hendak ditumbuhinya dan berupaya melawan tumor-tumor merbahaya.
Membersih dan menyeimbangkan aktiviti perut serta membantu proses pencernaan makanan.
Mengurai susu dan darah jika keduanya membeku di dalam perut.
Melembutkan makanan-makanan berat.
Membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti) bagi mengelak daripada terjadinya penyakit kencing manis. KHAL juga boleh diamalkan oleh kanak-kanak belasan tahun yang mengalami obesiti (kadar ½ dewasa).
Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asid dalam badan dan dapat merawat masalah gout.
Awet muda, membentuk badan yang cantik (slimming) dan keremajaan kulit di muka. Untuk menyihatkan kulit, mengubati kulit yang terbakar di muka dan badan dan membuang bintik-bintik hitam.
Melancarkan darah.
Membantu mengatasi masalah sembelit (memudahkan pembuangan air besar), buasir, menstabilkan air kencing, mencuci buah pinggang, pundi kencing, kencing rasa tak puas bagi lelaki/perempuan kerana KHAL membunuh bakteria berbahaya (e-coli).
Mencegah dari awal terjadinya batu karang di pundi kencing, buah pinggang dan batu di hempedu dan bermanfaat bagi limpa.
Membantu serta mencegah masalah kuman dan bakteria dari organ-organ terutamanya di usus, tisu-tisu badan serta sendi dan masalah arthritis (tulang).
Membantu serta melegakan masalah sakit kerongkong (faringitis), menguatkan gigi, gusi dan kuman (bakteria) di mulut.
Membantu serta merawat pesakit asma, selesema, batuk yang berpanjangan, membuang kahak/gelema dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal.
Melegakan kepenatan, sakit kepala serta membuang kepanasan badan dan memulihkan tenaga.
Mencegah masalah kelumumur, kegatalan kulit kepala, rambut kering, rambut gugur dan botak.
Bertindak sebagai agen pembersih badan, menyingkirkan bakteria negatif, kuman, bau badan serta bersifat memulihkan semua organ penting tubuh.
Merangsang selera makan.
Mencegah hilangnya zat-zat makanan.
Menghilangkan dahaga.
Melembutkan tabiat.

Kebaikan KHAL Menurut Ulamak Perubatan Islam Terkenal iaitu Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (Tahun 691-751H) dalam Kitab beliau "Al-Tib Al-Nabawi", m/s 233.

Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu). Mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan daripada ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).


Pengalaman salah seorang yang menggunakan KHAL ....

guru...
 " saya seorang pengidap kencing manis , selalu keluar masuk Hospital , pertama kali diperkenalkan saya masih ragu untuk mencubanya , Alhamdulillah kali kedua saya bertemu pula dengan rakan yang sudah lama berada dinegara Arab , lalu beliau menghadiahkan KHAL  , semenjak saya mencubanya , segala penyakit yang berkaitan dengan perut dapat diatasi , bukan itu sahaja ,malah  kencing manis saya semakin berkurangan  "


!!!!! Pasal tu orang arab boleh makan seekor kambing untuk 2 orang jek....!!!!!!!

Sabtu, 22 Disember 2012

Muruku Udang Power

Rempeyek Kecil RM 8.00



Muruku Udang RM 7.00


Keropok Roda RM 5.00




Popia Simpol RM 10.00


Kerepek Bawang RM 7.00


Kacang Gajus RM 7.00


untuk tempahan HUBUNGI :

MUS 0172954902

HUBUNGI SEKARANG UNTUK HARGA YANG LEBIH ISTIMEWA  !!!!!!!!

Khamis, 20 Disember 2012

CINTA RASULULLAH....



Diriwayatkan dari Abu Jum’ah RA yang berkata “Suatu saat kami pernah makan siang bersama Rasulullah SAW dan ketika itu ada Abu Ubaidah bin Jarrah RA yang berkata “Wahai Rasulullah SAW adakah ada orang yang lebih baik dari kami? Kami memeluk Islam dan berjihad bersama Engkau. Beliau SAW menjawab “Ya, ada yaitu kaum yang akan datang setelah kalian, yang beriman kepadaKu padahal mereka tidak melihat Aku”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad juz 4 hal 106 hadis no 17017 tahqiq Syaikh Syu’aib Al Arnauth dimana beliau berkata حديث صحيح hadis ini shahih).

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika menziarahi kubur, yang bermaksud: “Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kamu semua wahai orang beriman. Dan sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kamu. Lalu Nabi SAW bersabda: Aku teringin sangat melihat saudara kita. Sahabat bertanya: Bukankah kami adalah saudaramu ya Rasulullah? Rasulullah SAW bersabda: Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah mereka yang belum datang. Aku adalah jaminan yang akan membawa mereka ke telaga. Sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah, bagaimana kamu mengetahui umatmu yang akan datang selepasmu? Rasulullah SAW bersabda: Bukankah kalian mengetahui mengenai seseorang yang memiliki kuda dengan tanda putih di dahinya di antara kuda yang sangat hitam? Apakah ia boleh mengenali kudanya? Para sahabat menjawab: Ya. Baginda SAW bersabda: Mereka akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang putih cemerlang kerana bekas air wuduk.” (Hadis riwayat al-Nasa’i, Ibnu Majah, Malik, Baihaqi disahihkan oleh al-Albani)

Kemudian Baginda menegaskan lagi rindu dan cinta antara Baginda dan umatnya ini melalui sabdanya: “Orang yang paling hebat cintanya kepadaku, mereka yang datang selepasku, salah seorang daripada mereka amat sangat ingin melihatku (membuktikan cintanya kepadaku) dengan (mengorbankan) keluarga dan hartanya.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (Al-Kautsar) sambil menunggu orang yang datang mahu meminumnya, maka tiba-tiba ada orang yang disekat daripada sampai ke sisiku. Lalu aku berkata: Bukankah mereka daripada umatku? Maka dikatakan kepadaku: Ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka selepas itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Rabu, 12 Disember 2012

KHASIAT MADU



Hadith tentang Madu


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: 
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” (Al-Nahl 16:68)
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Al-Nahl 16:69)
Di dalam Al-Quran, Surah An-Nalh ayat 68-69, dengan terang menunjukkan bahawa hasil lebah dan manusia mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Pastinya sesuatu yang dicpta oleh Allah itu sangat bermanfaat untuk manusia dan makhluk Nya yang lain.
Hadis Dan Ungkapan Kata-Kata Para Sahabat Dan Para Ulamak Mengenai Madu Lebah
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”
Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.
Manakala Dr Rihab ‘Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)

Khasiat  madu untuk kesihatan: 

1. Mencegah Kanser
Kandungan flavonoids yang terdapat pada madu serta antioksidannya dapat mengurangi risiko kanser dan penyakit jantung. Sementara itu kandungan karsinogen pada madu mampu mencegah ragam tumor.

2. Meningkatkan sistem imun (kekebalan tubuh) Madu juga kaya akan zat antioksidan yang dapat meningkatkan energy sistem pencernaan tubuh sehingga tubuh menjadi lebih sehat  . bukan hanya itu, kandungan Madu mempunyai kandungan nutraceuticals yang dapat melawan radikal bebas yang masuk dalam tubuh.

3. Meningkatkan Stamina Menurut hasil penelitian, madu dapat meningkatkan performa (
ergogenic),yang dapat meningkatkan stamina atlet. Madu dapat membantu meneutralkan  gula dalam badan dan juga membantu penyembuhan otot serta memulihkan stamina selepas bersukan.

4. Sumber vitamin dan mineral Madu juga  kaya dengan  kandungan vitamin dan mineral. Kadar vitamin dan mineral bergantung kepada nektar yang dihisap oleh lebah madu tersebut.

5. Menghapuskan  bakteri   Madu juga mengandung zat antiseptik yang berfungsi untuk menghambat pertumbuhan bakteria,  ia  mampu menjaga tubuh badan agar terhindar dari infeksi. Jika seseorang mengalami luka  ataupun luka terbakar, maka madu mampu dijadikan ubat bagi menghapuskan bakteria dari terus merebak.
6. Menurunkan berat badan
Berbeza dengan gula yang tinggi kalori dan lukosa, madu mengandung vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Banyak yang meyakini bahawa madu boleh dijadikan ubat tradisional bagi menurunkan berat badan. Biasanya madu dicampur dengan jus lemon dan diminum dipagi hari diyakini bisa menghilangkan selulit.

7. Mengubati batuk dan radang kerongkong  Kandungan anti bakteri pada madu mampu melawan mikrobakteria  penyebab radang, bahkan madu dapat membunuh bakteria-bakteria yang menyebabkan jangkitan pada kerongkong.

8 kecantikan muka
Kentang yang telah dilenyek  campurkan dengan sesudu madu (asli ),lumurkan kewajah biarkan selama 20 minit ,dan bilas dengan air ,lakukan selalu ,cara ini berkesan pada semua jenis kulit.


Cara-cara makan madu yang disyorkan 


Berikut ialah beberapa kaedah meminum madu untuk tujuan kesihatan sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian orang tua-tua. Sebaik-baiknya gunakan sudu plastik, bukannya sudu besi. Bacalah apa-apa kalimah yang sesuai seperti basmalah, selawat dan lain-lain sebelum meminumnya.

Jika Badan Panas

1. Masukkan madu ke dalam gelas.
2. Masukkan air kemudiannya.
3. Kacau mengikut arah jam.

Air yang dimasukkan kemudian dipercayai dapat “menyejukkan” madu. Kacauan mengikut arah pusingan jam juga dipercayai dapat “menyejukkan” madu. Di alam ini, secara umumnya fitrah sesuatu perkara ialah mengikut arah lawan jam iaitu mengikut arah pusingan tawah di Baitullah. Oleh kerana fitrah madu bersifat panas, maka ia “disejukkan” dengan mengacau mengikut arah lawan jam.
Madu yang “sejuk” ini sesuai untuk badan kita yang panas. Jika panas bertemu panas, dikhuatiri memberi kesan tidak selesa ataupun tidak serasi.

Jika Badan Sejuk

1. Masukkan air ke dalam gelas.
2. Kemudian masukkan madu.
3. Kacau mengikut arah lawan jam (arah tawaf).

Madu yang dimasukkan kemudian dipercayai dapat mengekalkan “panasnya” kerana ia tidak “disejukkan” (disiram) oleh air. Pusingan mengikut arah tawaf juga mengekalkan fitrah madu iaitu bersifat “panas”. Ramuan begini dipercayai dapat memanaskan badan yang sejuk.

Kalau sejuk bertemu sejuk, dikhuatiri kurang memberi manafaat.

Untuk Minuman Biasa (Badan Tidak Panas Tidak Sejuk)

1. Masukkan madu.
2. Masukkan air (madu akan “disejukkan” oleh air)
3. Kacau mengikut arah tawaf (kepanasannya dikembalikan)

Hasilnya, akan diperolehi hidangan minuman madu yang sesuai, tidak “panas” dan tidak “sejuk”.


ANDA TAHU MEMBEZAKAN MADU YANG  ASLI ATAU TIDAK!!!!!!!!!!

ANDA INGIN MELIHAT SENDIRI MADU ASLI!!!!!!!!!!

LAYARI SESAWANG DIBAWAH INI
BAGI MELIHAT SENDIRI MADU MELETOP

http://www.facebook.com/photo.php?v=4897813843725&set=vb.1249255980&type=2&theater

PROMOSI MADU ASLI MELETOP

50G SEBOTOL  RM35  RM30   
4 BOTOL  RM120 RM100 RM70 SAHAJA!!!!!!!

400G RM120  RM110
2 BOTOL RM200 SAHAJA!!!!!!!!!


CALL @ SMS  SEKARANG

MUS   0172954902


LIKE DAN SHARE ......


Isnin, 10 Disember 2012

SUGAR GLIDER

 SUGAR GLIDER




Sugar glider adalah haiwan 'marsupial' yang telah diambil sebagai binatang peliharaan eksotik di kebanyakan negara. Mereka tidak tergolong dan berbeza dari keluarga 'rodent', contohnya tikus, hamster dan lain-lain. Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor binatang peliharaan yang kecil. Sering kali disalah anggap sebagai tupai terbang, memelihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh. Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Bayangkan kerenah budak berumur 3 tahun? Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati. Mereka pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain.

Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan sugar glider yang diambil sebagai binatang peliharaan di Malaysia berasal dari Indonesia kerana kebanyakan negara lain tidak membenarkan sugar glider dieksport. Sugar glider liar hidup di pokok atau membuat sarang di tumbuh-tumbuhan dan mereka tinggal dalam koloni seramai 6 - 15 ekor.

Mereka adalah haiwan yang berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur. Sugar glider dewasa berukuran lebih kurang seekor tupai terbang, kira-kira 5 - 7 inci panjang daripada hujung hidung hingga ke hujung badan (tidak termasuk ekor). Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu, selalunya lebih panjang daripada badan mereka.

Baby sugar glider selalunya berwarna kelabu, dan warna mereka akan berumur seiring dengan penambahan usia mereka. Di Malaysia kita ada sugar glider yang kelabu dan juga yang coklat. Kebanyakan yang coklat terjadi kerana tinggal di dalam tempurung. Oleh itu kalau tak nak sugar glider coklat, jangan letak dalam tempurung ye. Apa pon warna sugar glider, itu adalah keunikan mereka. Jadi anda tidak perlu risau tentang ini.

Ok, basicly sugar glider ni bukan dari keturunan tupai atau tikus, diorag ni lebih kepada kangaroo. Asal usul dia pon Australia. Ape pon kebanyakan yang ade kat Malaysia ni dari Indonesia. Tapi yang baby semuanye breed kat Malaysia. Sugar glider betina ade kantung dekat perut dia macam kangaroo.

Sugar glider makan buah-buahan dan ulat untuk protein. Haiwan ini jenis suka berjaga malam. Kalau yang liar memang menggigit dan melarikan diri ,tapi kalau yang jinak dia lebih suka bersama kita


Kat Malaysia memang ada yang pelihara sugar glider ni, tapi tak la ramai sangat mungkin sebab haiwan ni bukan dari negara ni kan. Haiwan ni terkenal sebagai haiwan peliharaan yang bersaiz poket, sebab saiz dia yang kecik dan comel.Sering bermanja bersama siapa sahaja yang suka bermanja dengannya ,selalunya dia akan dibawa kemana-mana sahaja samaada dibawa shaja ataupun diletakkan di dalam poket tuan nya...  rasa nak pelihara tak ? Kalau nak bela biarlah sepasang kan, boleh gak diorang ada kawan boleh bermain-main ,mengawan  bleh dapat anak yang comel -comel.... 



Bagaimana rupa Sugar Glider ?

 Seekor Sugar Glider dewasa bersaiz sekitar 5 hingga 6 inci panjang dengan ekor yang sama panjang dengan badannya untuk membantu keseimbangan tubuh mereka. Sugar glider memiliki telinga berbulu, berwarna kecoklatan dengan garis hitam panjang yang membentang dari hidung hingga ke hujung belakang. Bahagian bawah pula berwarna krim atau warna putih. Mereka mempunyai mata yang besar, seperti kebanyakan haiwan malam hari, untuk membolehkan mereka melihat dengan lebih tajam. Sugar Glider mempunyai lima kuku tajam pada setiap kaki depan dan belakang bagi membantu pergerakan mereka yang suka memanjat.

Lagi info tentang Sugar Glider :



 Sugar Glider mempunyai saiz yang berbeza. Kebiasaannya bagi Sugar Glider Jantan ia mempunyai berat dalam lingkungan 120grams manakala, bagi Sugar Glider betina pula dianggarkan dalam lingkungan 200gram dan ini tidak termasuk Sugar Glider yang mempunyai masalah kegemukan. Tahap suhu badan Sugar Glider pula di dalam lingkungan 89 darjah. Jangka hayat Sugar Glider adalah 5 hingga 7 tahun tetapi ia boleh mencecah hingga 12 ke 15 tahun bergantung kepada cara pemakanan mereka. Kebiasaannya bagi Sugar Glider yang tidak mempunyai diet yang seimbang dan pemakanan yang tidak mencukupi hanya bertahan sehingga 6 ke 8 tahun sahaja.


Jantan & Betina:

Jantan
  • Mereka menandakan kawasan dengan bau yang terletak di leher, dada, kemaluan dan dahi. Bau tersebut hampir tidak terlihat ketika mereka berada dalam habitat yang bersih, pada diet yang baik, dan kesihatan yang baik.
  • Ia juga boleh dikenal pasti dengan melihat tompok botak di dahi dan juga dada.
  • Mempunyai zakar yang kadangkala boleh dilihat menonjol di kawasan bawah.
  • Tempoh matang dianggarkan sekitar 4 hingga 12 bulan dan kebiasaanya tanda botak sudah mula kelihatan
Betina
  • Boleh dikenal pasti dengan melihat kantung di bahagian bawah.
  • Tempoh matang sekitar 6 hingga 18 bulan bergantung kepada keadaan dan diet mereka. Risiko mengabaikan anak adalah besar bagi Sugar Glider yang masih muda.
  • Jangka masa pembiakan adalah antara 5 hingga 8 tahun.
  • Mempunyai anak sekitar 1 hingga 2 ekor dalam suatu masa. Namun begitu, kadangkala ia juga boleh melahirkan anak sehingga 4 ekor dalam satu-satu masa.     


DAPATKAN SEKARANG UNTUK HARGA PROMOSI !!!!!!!!!
SUGAR GLIDER...........
HUBUNGI @ SMS   : MUS 0172954902     

Jumaat, 7 Disember 2012

Menguatkan Ingatan









Tips Menguatkan Ingatan

Sebagai seorang remaja, apa lagi  seorang pelajar  yang bakal menghadapi beberapa exam yang penting ,ingatan yang kuat sangat penting bagi  memudahkan pembelajaran dan mengatur kehidupan. Bagi menguatkan ingatan disini saya datang kan beberapa kaedah serta cara-cara yang dapat membantu diri anda Insyaallah.




Bersenam


Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya 
ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.















 Tidur 



1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.





Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

 Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Sebaiknya    kita dapatkan  vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau berjumpa   doktor  yang pakar  sebelum menggunakannya.





kongsikan ke laman sosial.......

Jumaat, 30 November 2012

Save Gaza....



Semoga Perjuangan Mereka Diberkati ALLAH

لا اله الا الله




Seorang budak perempuan  berumur 10 tahun , yang mengharapkan supaya Presiden Obama dapat menghentikan kezaliman yang dialami oleh rakyat Palestin dari terus dibunuh oleh Israel laknatullah.




Cristiano Ronaldo 

Liga BBVA - Cristiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia yang sering dilabel dengan gelaran kaki perempuan yang sombong mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal bagi membantu anak-anak Palestin.

Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.



Sokongan Cristiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Semoga  Cristiano Ronaldo mendapat hidayah dan memeluk agama islam.  









HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’



Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda :
Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.


Kajian-kajian tentang Habbatus Sauda'

” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA .



” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman


MANFAAT HABBATUS SAUDA


1. Menguatkan sistem kekebalan


Berdasarkan hasil penilitian, jintan hitam dapat meningkatkan jumlah cells T, yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Keberkesanannya hingga 72% jika dibandingkan dengan plasebo (hanya 7%). Dr. Basil Ali dan rakannyanya dari Collegeof Medicine, di Universitas King Faisal, menerangkanannya dalam jurnal Pharmasetik Saudi.

Keampuhan ekstrak Nigella diakui oleh Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universitas Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Nigella dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.


2. Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kewaspadaan


Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3), Nigella merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. Nigella juga memperbaiki mikro (peredaran darah) keotak dan sangat sesuai diberikan pada anak usia pertumbuhan dan lansia.


3. Meningkatkan daya ketahanan hormon


Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam peredaran darah. Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan gairah seksual. Salah satu kandungan Nigella adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.


kongsikan melalui media sosial